BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat
patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?
Pelancaran
kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan
komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan
barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global
yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha
kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti
atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan
mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli
barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi
lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan
tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan
selari dengan aspirasi negara
Rakyat
negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan
elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan
keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya
telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.
Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan
kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi
mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah
setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk
keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat
cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di
negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa
bentuk masyarakat yang bersatu padu
Sebagai
negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan
pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat
kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran
tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan
sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi
cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak
menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan,
ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat
“Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan
sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding
bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini
hingga mencapai matlamat yang diharapkan.,
Sebut
saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah
merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita
telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti
televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama
buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain
seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk
menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur
menjadi rakyat negara ini.
Yang
penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita
sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti
tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita
tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara
ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan
negara.

No comments:
Post a Comment