Powered By Blogger

Monday, 14 May 2012

Elemen 2 ( sejarah bahulu )



kalau nak buat dodol ke kerepek ke boleh ambil tapi kene tukar sikit okey

Hasil kajian

A. Maklumat asas produk

i) Nama Produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional iaitu bahulu. Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Cermai. Berikut merupakan contoh bahan yang dihasilkan oleh pengusaha ini.

ii) Kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah makanan tradisional iaitu Bahulu.

iii) Nama Pengusaha
Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional bahulu ini mulai tahun 2007 sehingga sekarang.Puan Hjh. Khatijah merupakan pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional bahulu ini.

iv) Lokasi
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 200, Felcra Bukit Kepong 84030, Labis, Johor. Ianya terletak kira-kira 15 kilometer daripada bandar Kulim . Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di luar bandar.Di bawah ialah lakaran peta ke lokasi tempat kajian.









B. Latar Belakang

i) Sejarah Kewujudan
Pada mulanya kerja mengeluarkan bahulu ini dilakukan oleh pengusaha sebagai aktiviti pada masa lapang dan dibuat di belakang rumah.   Perusahaan ini dilakukan oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris bersama suaminya iaitu Encik Muhd Muharam bin Sujak. Bahulu yang dikeluarkan dalam skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam dan permintaan daripada penduduk kampung. Selepas itu,dalam beberapa jangka masa , sambutan daripada pelanggan beliau agak menggalakkan dan dihantar di merata tempat.


ii) Punca dan Jumlah Modal
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris mendapat modal daripada Jabatan Pertanian Kulim  pada tahun 2007. Beliau juga menerima bantuan barang seperti ketuhar, meja dan juga bangunan untuk menghasilkan produk beliau. Bantuan yang beliau terima dalam anggaran RM 30,000

iii) Pendaftaran Perniagaan
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris telah memulakan perniagaan ini pada 25 Januari 2011. Perusahaan ini dijalankan di alamat No 200, Felcra Bukit Kepong, 85300, Labis. Nombor pendaftaran beliau ialah XXXXX

iv) Tujuan / Kepentingan Produk
Bahulu ini dijual oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris di beberapa kawasan di sekitar daerah Kulim dan juga beberapa pasar raya di bandar Kulim seperti di Pasaraya Apollo dan Tesco . Beliau juga menjual produk beliau di Hospital Kulim. Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus seminggu. Satu bungkus bahulu dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau juga menghantar produk beliau di kedai-kedai runcit di Felda Gunung Bongsu  dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60 hingga 70 bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia dijadiakan sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan.
C. Kaedah / Cara Penghasilan

i. Tenaga Pekerja
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris menjalankan perniagaan ini bersama suaminya iaitu Encik Mohd Muharam bin Sujak. Beliau tidak mempunyai tenaga pekerja yang lain. Biasanya mereka bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah pukul 6 petang. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja mengikut permintaan pelanggan  produk mereka.

ii) Senarai Bahan Yang Digunakan
Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti yang berikut untuk satu adunan :
Gula - 2 kilo setengah
Tepung  - 2 kilo setengah
Ising – 1 camca
Telur – 54 biji

iii) Senarai Peralatan
Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan peralatan seperti di bawah :

Pemanas tepung                                               Mesin pemukul telur
                      Acuan bahulu                                                            Ketuhar











iv) Proses Kerja / Peringkat Penghasilan Barang

Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah dibasuh sehingga bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan ini akan menjejaskan tahap kebersihan bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur akan dipecahkan sebiji-sebiji  dan telur tersebut perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang dan pekat bersama gula. Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu. Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut ke dalam pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.

Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan daripada ketuhar. Bagi mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya memerlukan sebatang lidi yang bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak .













D. Perkembangan Produk

i) Kemajuan yang Dicapai
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris pada awalnya hanya membuat bahulu ini apabila ada tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya hanya menghantar produk beliau di kedai runcit di  Felda Gunung Bongsu sahaja dalam kuantiti yang sedikit. Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk beliau juga dihantar di merata tempat seperti di kawasan Kulim dan Selama  dengan kuantiti yang besar dan banyak. Produk beliau juga boleh didapati di pasaraya besar di Kulim dan Selama. Dengan jumlah jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin bertambah dan mampu memperbesarkan lagi perusahaan beliau.

*ii) Cabaran / Masalah yang Dihadapi
Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang diperlukan seperti masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur sebagai bahan utama , pengusaha tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang . Contohnya kegebuan dan warna bahulu tersebut.

iii) Potensi Produk
Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara faktornya adalah, beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan. Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perkahwinan.

iv) Perancangan Masa Hadapan
Puan Hjh. Khatijah bt hj. Idris dan suami beliau, Encik Muhammad Muharam bin Sujak, bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata tempat. Selain itu, mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan lebih dikenali. Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan bagi pembeli untuk membeli.

Sunday, 13 May 2012

Saturday, 12 May 2012

Sejarah Elemen 3


BELILAH BARANGAN BUATAN MALAYSIA

Bagaimanakah slogan di atas dapat menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat di negara kita?

Pelancaran kempen terbaru itu, selepas kali pertama diadakan pada 1998, menandakan komitmen serta kesungguhan kerajaan untuk menggalakkan rakyat mengutamakan barangan tempatan. Kempen itu dianggap bertepatan dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu dan diramal bertambah gawat dalam tempoh mendatang ini.Usaha kerajaan mengadakan kempen ini bertunjangkan pada beberapa matlamat seperti atas faktor kepentingan perusahaan tempatan , melindungi pengguna dan mengerakkan ekonomi negara ini melalui kuasa beli rakyat. Dengan membeli barangan tempatan, ia bukan saja menyekat aliran wang ke luar negara, tetapi lebih penting menggalakkan pembangunan industri atau perusahaan tempatan.Tuntasnya tindakan ini merupakan suatu bentuk tindakan yang wajar dan selari dengan aspirasi negara


Rakyat negara ini mempunyai banyak pilihan produk tempatan. Daripada barangan elektronik, keperluan rumah dan perhiasan, sehinggalah kepada barangan keperluan harian seperti makanan. Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri. Pendek kata negara ini sudah mampu berdikari dalam usaha memenuhi keperluan dan kehendak masyarakatnyaMungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam nada yang sama semangat cinta akan negara mampu menjadi benteng utuh dalam menggerakkan minda rakyat di negara ini bagi kepentingan bersama . Lantas ia mampu melahirkan suatu rupa bentuk masyarakat yang bersatu padu

Sebagai negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan pelbagai barangan serta produk sendiri.Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi.Dalam menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak menguntungkan.Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan, ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat “Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan sendiri.Dalam nada yang sama kita sebagai rakyat negara ini wajar berganding bahu membangunkan negara di samping menyahut inspirasi dan halatuju kempen ini hingga mencapai matlamat yang diharapkan.,


Sebut saja jenis produk, Malaysia mempunyai segala-galanya. Misalnya kereta, kita telah merintis lebih awal industri automotif, malahan kenderaan keluaran negara kita telah banyak yang menembusi pasaran luar negara.Barangan elektronik seperti televisyen, peti sejuk, penghawa dingin dan kipas juga semakin banyak jenama buatan Malaysia membanjiri pasaran.Ini tidak termasuk barangan berasaskan kain seperti pakaian, pelbagai jenis produk telah dihasilkan oleh pengusaha untuk menandingi produk luar negara.Kita seharunya berasa bangga dan bersyukur menjadi rakyat negara ini.


Yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan.Selagi sikap dan mentaliti tidak diubah dan kita terus mengagungkan barangan luar, maka selagi itulah kita tidak dapat mengembangkan produk tempatan negara ini. Tuntasnya rakyat negara ini wajar berada pada pihak peka kepada masalah dan isu yang berkaitan dengan negara.

Mandi Sungai

Syokk oooo

Mandi sungai


Mission Imposible

                                                          [ MISSION IMPOSSIBLE ]

Love my FriEnd 3Arif @012

Mandi sungai Sungai mandi