kalau nak buat dodol ke kerepek ke boleh ambil tapi kene tukar sikit okey
Hasil kajian
A. Maklumat asas produk
i) Nama Produk
Produk yang dikeluarkan oleh pengusaha ialah makanan tradisional
iaitu bahulu. Pengusaha ini mengeluarkan Bahulu Cermai. Berikut merupakan
contoh bahan yang dihasilkan oleh pengusaha ini.
ii) Kategori
Produk tempatan yang dikaji ialah makanan tradisional iaitu Bahulu.
iii) Nama Pengusaha
Produk makanan tradisinal bahulu ini telah diusahakan oleh Puan
Hjh. Khatijah bt Hj. Idris. Beliau menubuhkan perusahaan makanan tradisional
bahulu ini mulai tahun 2007 sehingga sekarang.Puan Hjh. Khatijah merupakan
pemilik tunggal perusahaan makanan tradisional bahulu ini.
iv) Lokasi
Tempat kajian yang dilakukan oleh penulis beralamat di Nombor 200,
Felcra Bukit Kepong 84030, Labis, Johor. Ianya terletak kira-kira 15 kilometer
daripada bandar Kulim . Lokasi tempat kajian ini boleh dikatakan berada di luar
bandar.Di bawah ialah lakaran peta ke lokasi tempat kajian.
B. Latar Belakang
i) Sejarah Kewujudan
Pada mulanya kerja mengeluarkan bahulu ini dilakukan oleh pengusaha
sebagai aktiviti pada masa lapang dan dibuat di belakang rumah. Perusahaan ini dilakukan oleh Puan Hjh.
Khatijah bt Hj. Idris bersama suaminya iaitu Encik Muhd Muharam bin Sujak.
Bahulu yang dikeluarkan dalam skala kecil sahaja iaitu dijual di pasar malam
dan permintaan daripada penduduk kampung. Selepas itu,dalam beberapa jangka
masa , sambutan daripada pelanggan beliau agak menggalakkan dan dihantar di
merata tempat.
ii) Punca dan Jumlah Modal
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris mendapat modal daripada Jabatan
Pertanian Kulim pada tahun 2007. Beliau
juga menerima bantuan barang seperti ketuhar, meja dan juga bangunan untuk
menghasilkan produk beliau. Bantuan yang beliau terima dalam anggaran RM 30,000
iii) Pendaftaran Perniagaan
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris telah memulakan perniagaan ini pada
25 Januari 2011. Perusahaan ini dijalankan di alamat No 200, Felcra Bukit
Kepong, 85300, Labis. Nombor pendaftaran beliau ialah XXXXX
iv) Tujuan / Kepentingan Produk
Bahulu ini dijual oleh Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris di beberapa
kawasan di sekitar daerah Kulim dan juga beberapa pasar raya di bandar Kulim
seperti di Pasaraya Apollo dan Tesco . Beliau juga menjual produk beliau di
Hospital Kulim. Pegusaha membekalkan bahulu ini dalam jumlah 150 bungkus
seminggu. Satu bungkus bahulu dijual dengan harga RM 16.00. Selain itu, beliau
juga menghantar produk beliau di kedai-kedai runcit di Felda Gunung Bongsu dalam kuantiti yang kecil iaitu antara 60
hingga 70 bungkus. Terdapat juga permintaan daripada penduduk setempat yang
membuat pesanan dalam bentuk pek besar untuk majlis perkahwinan. Biasanya ia
dijadiakan sebagai cenderamata semasa majlis perkahwinan.
C. Kaedah / Cara Penghasilan
i. Tenaga Pekerja
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris menjalankan perniagaan ini bersama
suaminya iaitu Encik Mohd Muharam bin Sujak. Beliau tidak mempunyai tenaga
pekerja yang lain. Biasanya mereka bekerja daripada pukul 9 pagi sehinggalah
pukul 6 petang. Mereka juga bekerja tidak mengikut masa. Mereka juga bekerja
mengikut permintaan pelanggan produk
mereka.
ii) Senarai Bahan Yang Digunakan
Pengusaha perlu menyediakan beberapa barangan mengikut kuantiti
yang berikut untuk satu adunan :
Gula - 2 kilo setengah
Tepung - 2 kilo setengah
Ising – 1 camca
Telur – 54 biji
iii) Senarai Peralatan
Bagi menghasilkan produk di atas, pengusaha ini memerlukan
peralatan seperti di bawah :
Pemanas tepung
Mesin pemukul telur
Acuan
bahulu
Ketuhar
iv) Proses Kerja / Peringkat Penghasilan
Barang
Bagi menghasilkan kuih bahulu ini, pertama sekali telur perlulah
dibasuh sehingga bersih. Hal ini demikian telur yang dibeli di kedai atau pasar
raya kadang-kadang masih terdapat kekotoran pada lapisan luar telur itu
terutama najis ayam dan bulunya. Keadaan ini akan menjejaskan tahap kebersihan
bagi proses pembuatan makanan. Selepas itu telur akan dipecahkan
sebiji-sebiji dan telur tersebut
perlulah dipukul atau digoncang menggunakan peralatan tertentu sehingga kembang
dan pekat bersama gula. Tepung pula perlulah diayak dahulu menggunakan mesin
khas. Seterusnya, campurkan kesemua bahan tersebut. Kacau acuan tersebut dalam
beberapa minit. Sementara itu, ketuhar hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.
Apabila ketuhar telah panas, letakkan sedikit minyak di dalam pencetak kuih
supaya adunan tidak melekat. Kemudian, masukkan acuan tersebut ke dalam
pencetak dan bakar di dalam ketuhar selama 10 minit.
Selepas 10 minit bekas bahulu tersebut bolehlah dikeluarkan
daripada ketuhar. Bagi mengeluarkan bahulu daripada bekasnya kita hanya
memerlukan sebatang lidi yang bersih. Lidi ini digunakan kerana ia mamudahkan
kerja tersebut dan tidak menyebabkan bahulu rosak .
D. Perkembangan Produk
i) Kemajuan yang
Dicapai
Puan Hjh. Khatijah bt Hj. Idris pada awalnya hanya membuat bahulu
ini apabila ada tempahan saja daripada kawan-kawannya. Beliau juga pada awalnya
hanya menghantar produk beliau di kedai runcit di Felda Gunung Bongsu sahaja dalam kuantiti yang
sedikit. Selepas itu, sambutan agak menggalakkan dan beliau menerima tempahan
daripada pelbagai pihak dan menerima tempahan untuk majlis perkahwinan. Produk
beliau juga dihantar di merata tempat seperti di kawasan Kulim dan Selama dengan kuantiti yang besar dan banyak. Produk
beliau juga boleh didapati di pasaraya besar di Kulim dan Selama. Dengan jumlah
jualan yang mula bertambah menyebabkan pendapatan bulanan beliau semakin
bertambah dan mampu memperbesarkan lagi perusahaan beliau.
*ii) Cabaran / Masalah yang Dihadapi
Antara masalah yang dihadapi oleh pengusaha ialah bahan-bahan yang
diperlukan seperti masalah harga telur yang mula meningkat. Dengan telur
sebagai bahan utama , pengusaha tidak boleh mengurangkan jumlah telur bagi
mengurangkan kos pembuatan bahulu tersebut. Jika telur dikurangkan ia akan
menyebabkan mutu bahulu yang dihasilkan akan menjadi kurang . Contohnya
kegebuan dan warna bahulu tersebut.
iii) Potensi Produk
Produk makanan tradisional kuih bahulu keluaran Puan Hjh. Khatijah
bt Hj. Idris sangat berpotensi untuk dimajukan dan dikembangkan. Antara
faktornya adalah, beliau sering mendapat permintaan yang memberangsangkan.
Lebih-lebih lagi apabila tiba musim perkahwinan.
iv) Perancangan Masa Hadapan
Puan Hjh. Khatijah bt hj. Idris dan suami beliau, Encik Muhammad
Muharam bin Sujak, bercadang untuk meluaskan lagi produk mereka di merata
tempat. Selain itu, mereka juga ingin memperbesarkan perusahaan mereka ini dan
lebih dikenali. Mereka juga berhasrat untuk mendapatkan sijil halal daripada
pihak JAKIM supaya produk mereka betul-betul dijamin halal dan tiada keraguan
bagi pembeli untuk membeli.
